Surat Untuk My Future Wifie


Bismillah. Allahuakbar.

pagi ni rasa macam lain macam siket.

macam ada orang rindu kat aku. mungkin kekasih gelapku. 

tetapi aku pasti future wife aku merindui aku kerana aku sangat merindui dia di saat ini... 

 ----------------------------------------------------


---------------------------------------------


wahai  future wife.

tahukah kau bahawa aku sangat merinduimu ?



------------------------------------------


wahai  kekasih  ku.

sungguh aku rindu kamu.

tahukah kau cintaku kepada mu kerana Allah.



----------------------------------------


Wahai kekasih yang aku damba.

Aku berusaha akan menjadi pembimbing bagi dirimu. penyelamat mu. dan penghibur bagi mu.



-------------------------------------


wahai kekasih tercinta.

aku berjanji. aku akan berusaha sekuat aku.  untuk membimbing mu. dan akan ku bawa kau menuju ke Jannah Insha Allah.


--------------------------------------


Wahai kekasihku.

yang aku belum ketahui siapa dirimu. jika dirimu berasa keseorangan. ketahui lah. aku sedia disini untuk mendamping dirimu. mendengar keluhanmu.

Jadikan lah bahu ku ini sebagai tempat kau bersandar. tempat di mana kau boleh luahkan segala terpendam di hatimu. dukamu. sukamu. tangismu. aku mau kau kongsi semua itu dengan ku.


-----------------------------------


wahai kekasihku.

tahukah kau. sungguh.  dalam perhubungan kita tiada yang lebih aku utamakan. melainkan dirimu.


aku akan berusa memberi lebih perhatian kepada mu. berbanding lebih kepada kawan2 lelaki ku. Insha Allah.

--------------------------------------

wahai wajah yang aku selalu dambakan.

aku mahu kau tahu. aku tak lebih dari mu. dan kau tidak lebih rendah dari ku. kita adalah sama dalam perhubungan kita.



------------------------------------------


wahai pujaan hatiku.

aku mau berserderhanaan dalam kekeluargaan kita. dalam hubungan ni. aku mahukan toleransi bagi kedua pihak. bukan aku. tapi kau dan aku. kita. berdua. kerana dalam hubungan ini. aku tidak keseorangan. aku ada engkau. 



--------------------------------------


wahai wajah kasih yang tenang.

kalau mereka mengatakan lelaki akan berubah selepas berkahwin dan berkerluarga.  aku berjanji kepadamu. sungguh aku tidak mau berubah kerana Allah.

dan kerana Allah. aku menikahi mu. mengahwini mu. menyanyangi mu wahai kekasihku.

sungguh rumah tangga bukanlah selalunya indah... tapi aku mahu kau dan aku berusaha. untuk menjadi kannya hubungan  kita diredhai Allah Azza Wajalla.



------------------------------------


wahai sebelah jantung hatiku..

dalam perhubungan ini. aku mahu kau patuh kepadaku. tapi aku juga perlu mendengar nasihat darimu.

aku tahu aku juga perlu mendengar coretan hati mu. kerana aku tahu kau selalu memikirkan tentang diriku.

----------------------------------

wahai cintaku.

aku mahu persefahaman dalam hubungan kita.

ketahuilah bila kita marah. kau dan aku.  akan mungking selalu mengguris hati satu sama lain.

tapi aku mahu perserfahaman dan tolak ansur sebagai tunjang hubungan ini. jadikanlah sifat memaafkan di antara satu sama lain.

sungguh kau satunya wanita yang aku kagumi. yang aku cinta. yang aku kasih.

-------------------------------------------------


--------------------------------------

wahai future wife.

dengarlah. ketahuilah. aku cinta kamu kerana Allah.

walau aku bukan manusia sempurna. walau aku bukan Mulia dan aku bukan Pemimpin yang adil seperti Baginda Rasulullah.

akan aku jadikan sunnah Baginda sebagai panduan bagi keluarga kita.

Aku mahu. keluarga kita menjadi keluarga yang menjaga solatnya. menjaga hubungan dengan Allah Azza Wajalla.

Aku mahu keluarga kita bangun di tengah untuk bertahajjud kepada Sang Pencipta.

  dan yang paling penting.. aku mahu kau cinta aku kerana Allah. 

kerana sunnguh aku cinta kamu Allah. 



-------------------------------------------


wahai kekasihku.

yang aku belum ketahui siapa dirimu.

ketahuilah. aku akan cuba menjaga diriku. menjaga kehormatan ku. menjaga hubungan ku dengan Yang Illahi. sebelum aku berjumpa dirimu. Insha Allah.

dan bila masa itu dah sampai. Insha Allah. tak akan aku tangguh untuk menikahimu.

Untuk aku menjadikan Kamu yang halal bagiku. untuk aku memanggilmu "isteriku"



------------------------------------------------


wahai kekasiku. walau dimana kau berada.

Sembahlah Allah. Cintailah Rasul. Ikutilah bimbingan ku ini. cintailah diriku sepenuh hati mu. namun jangan kau cinta aku lebih dari Allah dan Rasul.

Letaklah Allah Dan Rasul di tempat tertinggi di hatimu.

----------------------------------------------

jagalah kehormatan mu bila ketiadaan ku.


jagalah keturunanku. 

jika dikurniakan.

sayangilah mereka.

didiklah mereka dengan ilmu agama.

didiklah mereka dengan iman.

didiklah mereka dengan kasih sayang


janganlah kita bertelenggkah di depan mereka.

sesungguhnya aku mahu kau dan aku menjadi ibu bapa yang terbaik bagi mereka.

--------------------------------------------------------------------

sekian di sini sahaja coretan hatiku.

bagimu wahai future wife.

--------------------------------------------



P/s Dan kalau diizinkan,  Insha Allah. aku akan menyambung entry ni di kalam seterusnya..


P/s Macam Ada Angin yang mengillhamkan aku untuk menulis entry ni... 

dan ya... aku ada kasih sayang... untuk future wife aku :)

0 comments: