SURAT UNTUK MY FUTURE WIFE 2

SURAT UNTUK MY FUTURE WIFE 2

SURAT UNTUK MY FUTURE WIFE PART 2

Assalamualaikum

Wahai SEKEPING lagi hatiku. Di malam ini aku sangat merindukan mu...

Rintisan deras air hujan di luar jendela.

Seperti derasnya rindu ku padaku.

Tulisan ini hanya untukmu.

Wahai bidadari ku syg. Terlebih dalam impian ku ini. Untuk membina sebuah rumah tangga menuju syurga.

Terlalu besar impian dan harapan ini. Dan sentiasa di perjuangkan hingga lah saat itu tiba.

Wahai cinta kasih ku. Cintanya aku padamu. Namun lebih cinta aku pada Rabb kita.

Wahai kesayanganku. Sebesar mana cinta mu padaku. Janganlah cinta padaku lebih dari Allah dan Rasul.

Wahai isteriku Tercinta. Janganlah taat kepadaku kerana. Janganlah sayang kepadaku kerana ku. Tapi buatlah semata kerana Allah semata.

Wahai isteriku. Bertakwa lah kepada Allah. Harap lah Pada pahala dan syurga Allah. Pandang lah dunia dengan kaca mata akhirat.

Wahai sayang ku. Bersabar lah ketika diuji. Tersenyum lah saat dirimu pedih. Jalani lah ujian dn kehidupan dgn hati yg tabah. Kerana setiap insan itu diuji.

Wahai bidadari belahan rindu abg. Cantik mu akan kekal abadi dgn akhlak mu yg berseri. Kebaikan mu. Pengorbanan mu. Itu lah tercantik bagiku.  Dan Tiada yg lebih cantik darimu

Wahai bidadari di hatiku. Aku bukan yg terbaik. Tapi aku mencuba menjadi imam mu yg baik. Sentiasa membawamu ke Masjid Rumah Allah. Sentiasa membawamu dkt dgn majlis ilmu. Sentiasa membawamu dekat dengan Cinta Allah.

Wahai cinta kasih dan sayang ku. Aku akan berusaha menjadi pemimpin yg baik untukmu. Sentiasa menghidupkan Sunnah rasul dalam rumah kita. Di zaman sunnah sudah diabaikan. Tapi kita hidupkan.

Wahai Kerinduan abg. InsyaAllah. Akan lahir zuriat keturunan yg soleh solehah darimu. Dari seorang ibu yg Penyayang. Dari seorang ibu yg solehah.

Wahai sayang ku. Walau aku suami mu. Aku pasti melakukan kesalahan. Tegur lah Jika aku salah. Tegurlah hikmah dan lemah lembut. Bukan merendahkan.

Wahai isteriku yg solehah. Setiap kata itu adalah doa. Akan selalu ku panggil mu bidadari syurga. Kerana harapan ku kau bisa menemaniku di dunia. Bisa menjadi bidadari syurga menenamiku disana jg.

Wahai separuh tulang rusukku. Tanpa mu aku belum sempurna agama. Tanpa mu aku belum bisa dikurnia cahaya mata. Tanpa mu aku masih belum ada teman bersama.

Wahai kekasih ku. Janji lah bersama kita akn setia bersama. Dalam susah dan senang. Janji lah. Bukan hanya saat senang. Dikau mencintai abg. Namun saat kita diuji. Dikau tetap setia disamping abg.

Ya Allah.. Moga kau jaga dia.. Isteriku kiriman syurga.. Yg aku belum tau siapa.. Yg aku belum tau siapa pastinya..

Namun aku tau.. Kau sudah mempersiapkan dia.. Kerana aku sudah mempersiapkan diriku untuknya..

Moga kau temukan kami. Dalam ikatan suci pernikahan. Bukan khayalan dalam percintaan..

Akan ku buktikan. Suatu hari nanti.. Tuhan..

P/s nak ada sambungan lagi ke? 😊

0 comments: