SURAT UNTUK MY FUTURE WIFE 3
BERITA BAIK UNTUK PENDOSA
WANITA KIRIMAN TUHAN
WANITA KIRIMAN TUHAN
Assalamualaikum.
....
Bismillahirrahmanirrahim.
Mengenang manusia pertama.
Nabi Adam As.. Dengan Siti Hawa.
Aku merenung diriku.
Sebagai cucunya.
....
Dialah manusia ciptaan Allah Swt yg pertama.
Dialah jugak yg Allah Swt tempat kan di dalam syurga.
Namun kenapa Siti Hawa diciptakan?
"Ketika Nabi Adam as. telah diciptakan Allah SWT, ia melihat ke atas dan ke bawah, maka baginda tidak melihat seorang pun dari jenisnya untuk dijadikan sahabat di dalam kesunyian. Seperti diungkapkan bahawa burung terbang bersama jenisnya maka ia pun merasa sunyi dan rindu kepada jenisnya"
Lalu Allah cipta kan Siti Hawa dari tulang rusuk kirinya.
Maka Allah letakkan perasan Cinta, Kerinduan dan Kasih Sayang di antara mereka berdua.
......
Begitu lah kisah Manusia pertama yg Allah ciptakan Nabi kita Adam As dengan Siti Hawa.
Allah menjadikan mereka penuh rasa Kerinduan. Senang antara satu sama lain.
Diletakkan pada mereka berdua. Rasa kerinduan, kecintaan dan kasih sayang.
Dan Inilah jgk rasa yg diberikan juga kepada kita cucu cicit keturunannya.
....
Wahai Allah.. Aku memandang diriku..
Adakah aku juga seperti Nabi Adam As?
Adakah aku juga merasa sepi di dunia?
Perasaan membutuhkan seorang teman?
Perasaan ingin meluah kan perasaan?
Perasaan kasih dan sayang yg ingin aku curahkan?
.......
Jika Nabi Adam As juga merasa kesunyian. Sedangkan dirinya telah berada di syurga.
Bagaimana kah aku insan biasa yg sedang berada di dunia?
Bagaimana kah aku ingin menghalang fitrah sanubari yg Allah letak kan di dalam hatiku ini?
Ya Allah.
Aku hanya seorang manusia biasa.
Yang punya hati dan perasaan.
Punya rasa sepi dan ke seorangan.
.....
Ya Allah.
Jika Nabi Adam As tercari peneman setia untuknya di syurga.
Bagaimana aku hamba Mu yg sedang di dunia?
Ya Allah.
Manusia melihat ku tertawa. Melihat ku riang gembira.
Sedang di pekat malam kau menyaksikan HambaMu keseorangan.
...
Ya Allah bagaimana aku mau menghalang fitrah sanubari yg kau letak kan di hati.
Sedangkan memang kau ciptakan manusia itu berpasangan.
....
Ya Allah. Kau Maha Mengetahui hatiku.
Rintihan HambaMu di malam yg pekat.
Saat HambaMu mengemis esak pemberian dariMu Tuhan.
...
Ya Allah.
Aku belum tau siapa WANITA KIRIMAN TUHAN itu.
Namun jika sudah kau ciptakan untukku.
...
Jadikan dia seorang pendamping setiaku
Jadikan dia permaisuri hidupku.
Jadikan dia kebahagian dan kesenangan hatiku.
..
Ya Allah.
Jadikan dia insan yg melengkapi hidupku
Jadikan dia suri yg menemani hidupku
Jadikan dia cahaya kepada gelap hidupku.
....
Ya Allah.
Jadikan dia penyejuk mata bila ku memandang
Jadikan dia ibu yg baik untuk zuriat keturunan ku.
Jadikan dia isteri ladang pahala untukku.
...
Ya Allah. Aku sabar. Dengan penantian yg indah.
Kerana WANITA KIRIMAN TUHAN itu.
Aku belum mengetahui dirinya.
...
Ya Allah.
Kau jaga WANITA KIRIMAN TUHAN itu.
Walau dimana dia sedang berada.
Sayang lah dia seperti mana aku mengasihinya.
Peluklah dia sebelum aku bisa memeluknya..
...
Ya Allah.
Moga kau anugerah kan aku.
Dengan WANITA KIRIMAN TUHAN itu.
Di saat aku paling memerlukan.
...
Agar air mata ini berhenti dari kebasahan
Agar kesunyian ini bisa aku lempiaskan.
Agar kekosongan ini bisa aku isikan.
...
Bilamana saat WANITA KIRIMAN TUHAN itu.
Kau hadir kan dalam hidupku.
InsyaAllah..
...
Warkah Hanya penulisan.
Tiada tujuan penghayatan.
Hanya sekadar coretan.
....
Assalamualaikum wbt.
Aizuddin Khairudin
SURAT UNTUK MY FUTURE WIFE 2
SURAT UNTUK MY FUTURE WIFE 2
SURAT UNTUK MY FUTURE WIFE PART 2
Assalamualaikum
Wahai SEKEPING lagi hatiku. Di malam ini aku sangat merindukan mu...
Rintisan deras air hujan di luar jendela.
Seperti derasnya rindu ku padaku.
Tulisan ini hanya untukmu.
Wahai bidadari ku syg. Terlebih dalam impian ku ini. Untuk membina sebuah rumah tangga menuju syurga.
Terlalu besar impian dan harapan ini. Dan sentiasa di perjuangkan hingga lah saat itu tiba.
Wahai cinta kasih ku. Cintanya aku padamu. Namun lebih cinta aku pada Rabb kita.
Wahai kesayanganku. Sebesar mana cinta mu padaku. Janganlah cinta padaku lebih dari Allah dan Rasul.
Wahai isteriku Tercinta. Janganlah taat kepadaku kerana. Janganlah sayang kepadaku kerana ku. Tapi buatlah semata kerana Allah semata.
Wahai isteriku. Bertakwa lah kepada Allah. Harap lah Pada pahala dan syurga Allah. Pandang lah dunia dengan kaca mata akhirat.
Wahai sayang ku. Bersabar lah ketika diuji. Tersenyum lah saat dirimu pedih. Jalani lah ujian dn kehidupan dgn hati yg tabah. Kerana setiap insan itu diuji.
Wahai bidadari belahan rindu abg. Cantik mu akan kekal abadi dgn akhlak mu yg berseri. Kebaikan mu. Pengorbanan mu. Itu lah tercantik bagiku. Dan Tiada yg lebih cantik darimu
Wahai bidadari di hatiku. Aku bukan yg terbaik. Tapi aku mencuba menjadi imam mu yg baik. Sentiasa membawamu ke Masjid Rumah Allah. Sentiasa membawamu dkt dgn majlis ilmu. Sentiasa membawamu dekat dengan Cinta Allah.
Wahai cinta kasih dan sayang ku. Aku akan berusaha menjadi pemimpin yg baik untukmu. Sentiasa menghidupkan Sunnah rasul dalam rumah kita. Di zaman sunnah sudah diabaikan. Tapi kita hidupkan.
Wahai Kerinduan abg. InsyaAllah. Akan lahir zuriat keturunan yg soleh solehah darimu. Dari seorang ibu yg Penyayang. Dari seorang ibu yg solehah.
Wahai sayang ku. Walau aku suami mu. Aku pasti melakukan kesalahan. Tegur lah Jika aku salah. Tegurlah hikmah dan lemah lembut. Bukan merendahkan.
Wahai isteriku yg solehah. Setiap kata itu adalah doa. Akan selalu ku panggil mu bidadari syurga. Kerana harapan ku kau bisa menemaniku di dunia. Bisa menjadi bidadari syurga menenamiku disana jg.
Wahai separuh tulang rusukku. Tanpa mu aku belum sempurna agama. Tanpa mu aku belum bisa dikurnia cahaya mata. Tanpa mu aku masih belum ada teman bersama.
Wahai kekasih ku. Janji lah bersama kita akn setia bersama. Dalam susah dan senang. Janji lah. Bukan hanya saat senang. Dikau mencintai abg. Namun saat kita diuji. Dikau tetap setia disamping abg.
Ya Allah.. Moga kau jaga dia.. Isteriku kiriman syurga.. Yg aku belum tau siapa.. Yg aku belum tau siapa pastinya..
Namun aku tau.. Kau sudah mempersiapkan dia.. Kerana aku sudah mempersiapkan diriku untuknya..
Moga kau temukan kami. Dalam ikatan suci pernikahan. Bukan khayalan dalam percintaan..
Akan ku buktikan. Suatu hari nanti.. Tuhan..
P/s nak ada sambungan lagi ke? 😊
APABILA ANDA MELIHAT
Assalamualaikum. Selamat malam. Bismillah.
Apabila anda melihat orang lain mengeluh ditimpa ujian. Itu teguran supaya anda jadi org bersyukur..
Apabila anda melihat org lemah. Itu teguran supaya anda Jangan menindas dan berlemah lembut dgn org lemah
Apabila anda melihat org lain salah. Itu teguran supaya anda jgn melakukan yg sama.
Apabila anda melihat org lain sakit. Itu teguran supaya anda bersyukur dgn nikmat sihat.
Apabila anda melihat org lain di bawah. Itu teguran supaya anda sentiasa tawaduk dan merendah.
Apabila anda melihat org muda. Itu teguran supaya anda perlu manfaat masa muda yg ada dgn kebaikan.
Apabila anda melihat org tua. Itu teguran supaya anda persiapkan hari tua dan melihat ke mana arah tuju ada.
Apabila anda lihat org lain tidak pandai. Itu teguran bahawa ALLAH SWT itu Maha Bijaksana.
Apabila anda melihat dengan mata hati. Anda akan melihat segala sesuatu itu disebalik takbirnya.
Apabila anda tersingkap takbir oleh Allah. Anda akan melihat segala sesuatu itu ada bukti kekuasan Allah Swt.
Hanya Renungan sanubari..
Assalamualaikum....
Selamat malam
KERANA REDHA ALLAH YG KU TUJU
KERANA REDHA ALLAH YG KU TUJU
Assalamualaikum.
Bismillah.. Alhamdulillah..
Tiada daya dan Upaya kecuali dari Allah
la hawla wala quwwata illa billah
...
Allah Ya Jabbar tidak pernah menyakiti mu. Sedang manusia sering menyakiti ku.
Allah Ya Rahman tidak pernah meninggalkan ku. Walau sesaat. Walau manusia kdg pergi meninggalkan ku.
Allah Ya Wadud tidak pernah lupa membalas cintaku. Sedang manusia kdg tidak menghargaiku.
Allah Ya Samii sentiasa memahami ku dan mendengar Sedang manusia lain kdg tidak memahamiku.
Allah Ya Ghaniy sentiasa pemurah dan dermawan kepadaku. Walau pon Kadang manusia tidak memberi ku.
Allah Ya Qoriib sentiasa dekat dgn ku. Saat manusia lain sesaat dekat dgnku. Dan sesaat jgk jauh drku.
Allah Ya Hafiz menjaga ku setiap saat.
Saat manusia tidak bisa menjaga walaupun ibuku sendiri.
Allah Ya Rahman Allah Ya Rahim cinta dan syg pada aku. Lebih dari ibuku. Lebih dari mana2 manusia.
Allah Ya Latif sentiasa berlemah lembut dgnku. Sedang manusia lain Kadang berkasar denganku.
Allah Ya Basir ada dengan-Ku saat aku susah dan senang. Sedang kadang manusia hanya ada saat aku senang dan hilang saat aku susah.
Allah Ya Rahim ada memeluk ku. Saat manusia tidak bisa memberiku pelukan.
Allah Ya Ghaniy Memberi rezeki.
Allah Ya Zal Jalal Li Wal Ikram memberi kekuatan.
Allah Ya Rahman sentiasa berlaku baik dgnku. Walaupun saat aku bermaksiat. Sedang manusia baik saat aku baik. Juga tak baik saat aku baik.
Allah Ya Hafiz ada setiap ketika aku perlu. Sedang manusia hanya sementara..
Ya Allah Ya Karim di setiap detik. Hidupku. Ada pertolongan Mu.
Ya Allah Ya Malik . Dengan niat KeranaMu.
Aku lepaskan bebanku yg membelenggu.
Aku lakukan kerana Mu Ya Allah Ya Rahman.
Ya Allah Ya Nur Moga hari mendatang kau curah dgn cahaya Mu
Ya Allah Ya Salam Dgn ketenangan dari Mu.
Aku yakin. Aku yakin. Aku yakin dgn ucapan
اِحْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ
InsyaAllah
JIKA ESOK AKU TIADA
Hari ini orang memanggilku Nama,
mungkin esok orang memanggil ku Almarhum.
Hari ini aku memakai pakaian yang indah & mewah,
mungkin esok aku akan memakai kain kafan.
Hari ini aku berpijak di atas tanah,
mungkin esok aku terbujur di bawah tanah.
Hari ini aku bisa mandi sendiri,
mungkin esok aku di mandikan orang lain.
Hari ini aku shalat di belakang imam,
mungkin esok aku di shalat kan di depan imam.
Hari ini aku bahagia bersama orang2 di sekelilingku,
mungkin esok aku sendirian di sana.
Yaa ALLAH Yaa RABBI :
Ampunilah Dosa-dosa Hamba..
Berilah Hamba kemampuan untuk beribadah kepada-MU dan berilah Hamba kemampuan untuk menghindari kemaksiatan.
Yaa ALLAH Yaa RABBI :
Hamba memang tidak pantas masuk Surga,
tapi Hamba tidak akan kuat bila masuk neraka.
Ampunilah Dosa-dosa Hambamu ini dan sahabat sahabatku yang sedang membaca.
Aamiin Ya Rabb..